Wednesday, 31 December 2014

HoMeStAy : Di aLoR GaJaH, MeLaKa

Assalamualaikum..

nak buat iklan sikit kat sini.. Homestay.. sesaper nak mencari rumah tumpangan @ penginapan untuk kunjungan adalah sangat dialu-alukan..area melaka, ALOR GAJAH..

Homestay 1

ALAMAT :  JALAN BELIMBING SETIA 9
TAMAN BELIMBING SETIA
76100 DURIAN TUNGGAL
MELAKA
  • Rumah banglo setingkat
  • 4 bilik tidur 
  • 2 bilik air.
Sesuai untuk rombongan pengantin, percutian keluarga, kursus, melapor diri, tempat penginapan sementara dan lain-lain.
KEMUDAHAN PENGINAPAN
  • Setiap bilik dilengkapi dengan kipas angin
  • Dapur dilengkapi dengan pinggan mangkuk, cerek elektrik, periuk nasi elektrik serta dapur untuk memasak.
  • Ruang tamu dan ruang makan yang luas dan selesa.
  • Boleh memuatkan sehingga 3 buah keluarga.
  • Mempunyai ruang parkir yang luas.







LOKASI YANG BERDEKATAN
  • 5 minit ke TOL AYER KEROH
  • 10 minit ke ZOO MELAKA
  • 12 minit ke TAMAN RAMA - RAMA
  • 11 minit ke TAMAN BUAYA
  • 11 minit ke TAMAN MINI MALAYSIA & TAMAN MINI ASEAN
  • 15 minit ke MITC / MYDIN MELAKA
  • 16 minit ke UITM MELAKA
  • 30 minit ke BANDAR MELAKA

TEMPAT YANG MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI DI MELAKA

  • Melaka River Cruise
  • Muzium Kapal Selam
  • Kolam Air Panas Gadek
  • A' Famosa Water World
  • Bangunan Bersejarah Kota A'Famosa
Boleh melihat di link ini tempat-tempat menarik di melaka. 


 Homestay Ke 2

ALAMAT : NO. 193, JALAN SELASIH 5,
TAMAN SRI BAYU
78000 ALOR GAJAH
MELAKA
  • Ruang tamu yang luas
  • 3 Bilik Tidur
  • 1 Bilik Air






 





KEMUDAHAN PENGINAPAN 
  • Setiap bilik dilengkapi dengan kipas angin
  • Ruang tamu lengkap dengan TV dan astro serta Sofa
  • Dapur dilengkapi dengan cerek elektrik, peti sejuk, pinggan mangkuk dan dapur memasak
  • Ruang makan yang luas dan selesa.
  • Mesin basuh disediakan.
Berhampiran dengan tempat-tempat menarik :
  • 3 minit (1 km) ke terminal bas Alor Gajah
  • 9 minit (6.1 km) ke kampus UiTM, Lendu, Melaka
  • 7 minit (5.1 km) ke Air Panas Gadek
  • 13 minit (11.1) km ke A Famosa Resort
  • 13 minit (13 km) ke Tesco, Cheng, Melaka
  • 15 minit (15 km) ke Stadium Hang Jebat, Melaka
  • 17 minit (16 km) ke Tampin
  • 17 minit (14.9 km) ke Masjid Tanah
  • 26 minit (24.5 km) ke Tanjung Bidara
  • 30 minit (25.6 km) ke bandar  
  • Berhampiran dengan Masjid Daerah Alor Gajah (al-Rasyidin)

     
Untuk tempahan dan keterangan lanjut sila hubungi:
PUAN MARIAM BINTI THAMBI
017-2131203/012-2695106

Wednesday, 25 June 2014

MOM & BABY EXPO DI MITC, MELAKA..

 
 
JOM DATANG BERAMAI-RAMAI KE MITC MELAKA..
 
 
 
 

MUZIUM SAMUDERA

Assalamualaikum..

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

Sedikit info dan gambaran tentang muzium samudera.

Harga Tiket Dewasa : RM3.00
Kanak-kanak bawah 7 tahun : Masuk percuma

 

 



 
 
 

MUZIUM KAPAL SELAM


Assalamualaikum...
 
Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka.

Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Fokus utama pameran Muzium Kapal Selam FD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita.

Sedikit info dan gambaran tentang muzim kapal selam...